Uncategorized

Vaksin Covid 19 Pertama Tiba Di Malaysia Hari Ini.

Vaksin Covid 19 Pertama Tiba Di Malaysia Hari Ini.. Selepas setahun lebih menanti kemunculan vaksin, hari ini Malaysia secara rasmi menerima vaksin Covid 19 dari Syarikat Pfizer-BioNtech. Vaksin ini dibawah menerusi Pesawat Malaysia Airlines MH604 dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10 pagi tadi.

 

Vaksin Covid 19 Pertama Tiba Di Malaysia Hari Ini.

Vaksin Covid 19 Pertama Tiba Di Malaysia Hari Ini.

Vaksin Pfizer-BioNTech itu diterbangkan menggunakan pesawat Airbus 330-300 dikendalikan MABkargo Sdn Bhd (MASKargo) dari kilang Pfizer di Belgium, dengan penerbangan membawa vaksin itu berlepas dari Puurs dan transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle, Jerman.

Ketibaan pesawat yang membawa 312,390 dos vaksin dengan penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu disambut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semoga dengan adanya vaksin ini akan memberi khabar gembira buat kita semua.

The Latest

To Top