drama

Sinopsis Drama The Maid (2021)

sinopsis drama the maid

Sinopsis Drama The Maid (2021). Mulai 6 Januari 2021, drama ‘The Maid’ akan mula ditayangkan. Drama ini menceritakan kisah suami berpoligami empat isteri dan diberikan pembantu rumah setiap seorang. Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Norman Hakim, Mira Filzah, Sherry Alhadad, Eina Azman dan Ezzaty Abdullah. Drama ini bergenre komedi dan berikut merupakan Sinopsis Drama The Maid (2021)

 

sinopsis drama the maid

 

Sinopsis Drama The Maid (2021)

 

Drama ini mempunyai 10 Episod dan disiarkan pada setiap hari Rabu jam 9.30 malam di Astro Ria.
Antara senarai pelakon yang terlibat adalah Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Isha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin

Drama The Maid Mengisahkan Suhana, Nadia, Fika dan Elisa yang merupakan isteri kepada seorang jutawan terkenal, Jay. Hubungan keempat-empat isteri ini pada luarannya nampak baik tetapi sebenarnya mereka sering bermusuhan.

Jay seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?

The Latest

To Top