permohonan

Cara Mohon BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat)

Cara Mohon BPR 2021

Cara Mohon BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat). Selain Moratorium, salah satu bantuan kerajaan Malaysia kepada rakyatnya adalah menerusi ‘ Bantuan Prihatin Rakyat’ atau BPR. Bantuan ini diumumkan dalam bajet 2021 yang di bentangkan oleh Tengku Zafrul di Parlimen pada Oktober 2020. Pasti ramai yang akan dapat manfaat daripada bantuan ini. Berikut merupakan Cara Mohon BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat) untuk rujukan anda.

 

Cara Mohon BPR 2021

 

Cara Mohon BPR 2021 (Bantuan Prihatin Rakyat)

Anda hanya perlu ikut panduan dibawah ini.

  1. masuk ke laman web BPR.  – https://bpr.hasil.gov.my/
  2. ISI Maklumat Log Masuk.Cara Mohon BPR 2021

Kemudian anda akan dibawa ke bahagian ini.

 

bantuan BPR

Dalam bahagian ini ada.

Semakan Status : Untuk menyemak lulus atau tidak permohonan anda.

Kemaskini permohonan : Anda perlu mengemaskini permohonan anda.

Cetakan : untuk memudahkan anda mencetak maklumat.

Peti Mel : Sebarang Notifikasi akan keluar di sini.

Profil : Maklumat profil anda.

Maklum Balas : Ini untuk respon atau maklum balas anda.

 

Syarat memohon BPR 2021.

  • Tempoh Permohonan dan Pengemaskinian Bantuan Prihatin Rakyat 2021 (BPR 2021) mulai 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).
  • Pemohon disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19 dan bagi memastikan pematuhan prosedur pencegahan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk penjarakan sosial.
  • Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:
    Pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus dan menepati syarat kelayakan bpr 2021.
  • Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:
    Pemohon yang tidak menerima Bantuan BSH 2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

bagi yang telah menerima Bantuan Sara Hidup dan juga Bantuan Prihatin Nasional, anda hanya perlu kemaskini data dan maklumat terkini anda. Selepas kemaskini tekan butang hantar yang telah disediakan dalam borang online tersebut.

Anda telah disahkan akan menerima bantuan prihatin rakyat ini jika anda merupakan penerima BSH DAN BPN sebelum ini. Bagi yang tak terima, anda perlu buat permohonan baru melalui laman web yang sama.

Terima kasih.

The Latest

To Top