muzik-muzik 35

Nabila Razali Tarik diri Dari Anugerah Juara Lagu 35

Nabila razali tarik diri

Nabila Razali Tarik diri Dari Anugerah Juara Lagu 35.  Pengurus Nabila, Mohd Asrul Abdul Talib memaklumkan mengenai penarikan diri Nabila Razali dari semi final muzik-muzik menerusi sebuah kenyataan media yang dibuat.

“Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya, Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di SFMM35 atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.

 

Nabila razali tarik diri

 

 

“Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan juga komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini & MFMF,” katanya.

Kenapa Nabila Razali Tarik diri Dari Anugerah Juara Lagu 35?

Tambah Asrul, beberapa alternatif telah dilakukan untuk memulihkan kesihatan Nabila.

“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik.

“Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM35 antara yang menjadi impian Nabila sebagai penyanyi.

“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya lagi.

Nabila sepatutnya menyanyikan lagu ini pada hari terakhir pengan

Nabila razali tarik diri

juran SFMM35, Ahad ini (22 November).

“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian.

“Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini. Segala kesulitan amatlah kami kesali,” katanya lagi.

Komen : Semoga cepat sembuh Nabila Razali. Takpa kesihatan lebih penting dari segala-galanya. Kami doakan Nabila akan kembali dengan lebih kuat selepas ini. Walaupun nabila razali tarik diri, tapi kami yakin ramai peminat di luarsana yang akan terus dengar lagu-lagu Nabila kan.

Jangan lupa untuk saksikan semi final muzik-muzik 35 di sini (klik).

The Latest

To Top