lagu cinta kita

Lagu Cinta Kita 2 Kembali!

Lagu Cinta Kita 2 Kembali! Program Realiti Nyanyian Lagu Cinta Kita akan kembali menonton mulai 8 November ini untuk musim keduanya. Rancangan ini diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, ia dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita untuk versi Malaysia!

Yang uniknya musim ini, kita dapat melihat Kak Lina Pom Pom sebagai hos tau. Kak lina juga akan di gandingkan  dengan Azwan Ali dan Micheal Ang. DIantara dua Hos ni akan dipilih sebagai partner hos bersama kak lina tau! Mesti meriah setiap minggu-minggu korang lepas ni. hehe. Selain itu, kita juga akan dihiburkan dengan persembahan istimewa dari penyanyi popular negara. Nak tahu? Tunggu tau!

Lagu Cinta Kita 2 Kembali!

Lagu Cinta Kita 2 Kembali!

Lagu Cinta Kita 2 menampilkan 36 orang peserta yang akan dipadankan kepada 18 pasangan duet. Seperti musim lalu, para peserta tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas.

Pencarian peserta musim kedua telah berlangsung secara atas talian pada 1 hingga 15 Oktober. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian.

Lagu Cinta Kita 2 Kembali!

Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video uji bakat iaitu nyanyian berdurasi selama 1 minit di akaun Instragram masing-masing dengan menggunakan #LaguCintaKita2. Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

 

The Latest

To Top