Viral

Ustaz Ebit Lew Beli 2 Lori Air untuk Rakyat Selangor.

ebit lew beli 2 lori air

Ustaz Ebit Lew Beli 2 Lori Air untuk Rakyat Selangor. Sejak beberapa hari sebelum ini, Rakyat Selangor diuji dengan masalah Air yang agak meruncing. Ia berikutan dengan tindakan pihak yang tak bertanggung jawab membuat sisa-sisa berbahaya kedalam sungai sehingga menyebabkan sungai tersebut tercemar.

Yang jadi mangsa adalah pengguna. Dianggarkan hampir jutaan penduduk terjejas berikutan tindakan tersebut. Apabila kesusahan menimpa masyarakat, nama Ustaz Ebit Lew menjadi sebutan.

Kali ini, beliau tidak tunggu lama untuk bertindak. Beliau segera membeli dua lori air bersaiz besar untuk diedarkan kepada rakyat selangor yang terjejas.

ebit lew beli 2 lori air

Ustaz Ebit Lew Beli 2 Lori Air

Ikuti penjelasan beliau menerusi postingan di facebook beliau.

” Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves. ”

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.”

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.”

“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan.”

Ustaz Ebit Lew Beli 2 Lori Air untuk Rakyat Selangor.

 

 

Rata-rata netizen memuji tindakan Ustaz Ebit Lew yang sangat memahami penderitaan rakyat. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu meringakan beban rakyat yang terjejas mengenai masalah air ini.

 

Most Popular

To Top