drama

New Drama : Ryan Aralyn (2020)

ryan aralyn

Drama Ryan Aralyn (TV3). Drama baru ini adalah drama bersiri ‘Ryan Aralyn’ yang menggabungkan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose. Drama ini menggantikan drama pengantin satu malam yang telah tamat siarannya. Oh ya. cerita ini juga akan bermula pada25 September 2020.

 

Drama Ryan Aralyn (2020)

Akhirnya, Drama Zul Ariffin kembali ! haha . Aku lebih suka tengok dekat TV3 berbanding channel lain. korang pula macam mana?

Drama Ryan Aralyn (2020)

Senarai Pelakon : Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil
Jumlah Episod : 28
Waktu Tayangan : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran Tayangan : Slot Akasia TV3

 

Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!

 

Sinopsis Drama Ryan Aralyn

Drama ini mengisahkan tentang Ryan yang diperangkap oleh Allif dan Hanis untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku kepada Hanis. Namun sebenarnya bukan Ryan yang melakukannya. Namun Ryan tetap menerima apa Hanis dalam hidupnya.

Ryan terpaksa kerja keras untuk menyara kehidupan mereka termasuklah menjaga ibunya yang lumpuh.

Kesusahan Ryan dalam menjaga nenek Salmah, Amir dan perangai Hanis yang keras kepala. Ryan ada pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram.

Drama Ryan Aralyn (2020)

Hanis balik rumah malam, dia keluarkan ‘pregnancy test’. Dia positif mengandung, dia resah.

Suatu hari, Ryan bimbang akan keadaan Amir lantas membawa ke hospital kerana Amir sakit. tetapi nak jadikan cerita, moto yang dinaiki mereka terlah bertembung dengan kereta Aralyn.

Kesan dari kemalangan tersebut menyebabkan Aralyn lumpuh. Dia juga nekad untuk tidak memaafkan Ryan.

Drama Ryan Aralyn (2020)

Secara kebetulan, Ryan berjumpa semula dengan Aralyn. Dia nekad untuk menjaga Aralyn walaupun aralyn membencinya.

Penutup.

Sedih pula cerita ni kan, tapi dekat pertengahan nanti mesti sweet. sebab masa tu diorang dah mula jatuh cinta di antara satu sama lain.  Jangan lupa untuk tengok cerita ni tau !

Most Popular

To Top