Astro

Senarai Peserta Big Stage 2020

Big Stage : Senarai Peserta Big Stage 2020

Senarai Peserta Big Stage 2020. Pada 4.8.2020 telah berlangsungnya satu sidang media bagi memperkenalkan barisan peserta big stage 2020. Pasti ramai yang tidak sabar nak tengok rancangan realiti yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi baru di atas satu pentas.

Untuk pengetahuan anda, Musim ini merupakan musim ketiga tayangan Big Stage dan katanya ada banyak perubahan yang telah dilakukan. Betul lah tu. Mungkin sebab PKPP dan juga untuk memberi nafas baru kepada rancangan realiti ini.

Big Stage : Senarai Peserta Big Stage 2020

Untuk musim ini juga, tiada peserta dari luar negara yang akan menjadi peserta seperti musim lepas. 100% bakat tempatan yang akan dipertandingkan. Siapakah peserta big stage 2020 yang akan bertanding nanti?

Artikel Menarik : Beli Action Camera dengan Lazada.

Senarai Peserta Big Stage 2020

**klik link dekat nama peserta untuk baca biodata mereka tau!

Peserta Lelaki : Fadh Majid, Azzam Sham, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Usop, Qody, Yamani Abdillah dan Amir Hassan.

Peserta Perempuan : Hanie Soraya, Farisha Iris, Nana Sheme dan Sandra Dianne.

Nampaknya macam ramai peserta yang dah ada nama dalam dunia seni pun turut sama bersaing kali ini. hehe.

Big Stage : Senarai Peserta Big Stage 2020

 

Siapa pula Pengacara Big stage 2020?

 

Bagi yang tak tahu, Pihak Astro masih mengekalkan gandingan Sherry Al hadad dan juga Aliff Satar sebagai pengacara utama rancangan ini. Cuma ada perbezaan sikit di tempat juri.

Musim ini kita ada 3 juri baru yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan juga Ajai. Setiap minggu akan ada juri jemputan yang akan mengadili persembahan peserta.

Jap!

Big Stage : Senarai Peserta Big Stage 2020

 

Ada lagi kejutan untuk anda!

Neelofa, Caprice dan Micheal Ang akan menjadi Presiden Netizen yang akan menilai persembahan peserta dari sudut penonton. Rasanya diorang ikut format Suara Viral yang ada juri di rumah tu. hehe.

Itulah serba sedikit info berkaitan rancangan baru ini. Kalau anda nak info tambahan, anda boleh like page >> Big Stage Fan Base << untuk maklumat terkini berkaitan rancangan ini.

 

Big Stage : Senarai Peserta Big Stage 2020

Oh ya ! Rancangan ini akan mula bersiaran pada 16 Ogos ini pada jam 9 malam ! Save the date !

Aku ucapkan semoga berjaya buat semua peserta.

Terima Kasih.

 

Most Popular

To Top