Biodata Artis

Biodata Usop, Peserta Big Stage 2020

biodata-usop

Biodata Usop Mentor/ Big Stage. Siapa usop ni? haha. Betul ke Usop Mentor masuk Big stage? Mesti ramai yang tak sangka bekas peserta Mentor ini menyertai rancangan terbitan Astro iaitu Big Stage. Aku pun terkejut juga sebenarnya. hehe Mungkin ini jalan terbaik untuk Usop mengembangkan kariernya dalam dunia seni tanah air.

 

biodata usop big stage

Nak tahu siapa peserta big stage sekali dengan Usop? Jom baca di sini (klik).

 

Biodata Usop

Pemilik nama lengkap, Muhammad Saiful Naim Muhd. Noor. Nama pentasnya, Usop atau Usop Mentor.

Lahir pada 24 Oktober 1997.

Berasal dari Lunas, Kulim, Kedah.

Berusia 22 tahun.

Mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas.

Usop berjaya mendapat kedudukan naib juara dalam program realiti, Mentor Milenia 2017 di bawah didikan penyanyi Hazama.

Memang waktu tu, Mentor agak viral kerana Usop ni. hehe Mungkin sebab dia jenis yang lawak-lawak kot. itu yang ramai minat dekat dia.

Big Stage : Senarai Peserta Big Stage 2020

 

Kini bernaung di bawah label, Rocketfuel.

Antara single pernah dirakamkannya seperti Matahari, Nama Terindah, Aku Yang Bersalah dan Selamanya.

 

Musik Video Lagu baru Usop.

 

 

Akaun Instagram Usop menggunakan nama @usopofficial sudah mengumpul lebih 600,000 pengikut.

 

usop mentor

 

Usop ni lebih dikenali dengan karakter lucu dengan perangainya yang ‘gila-gila’. Dia suka bercakap dalam loghat Utara. Sebelum bergelar selebriti, beliau pernah menyara kehidupan dengan bekerja di kedai makan, selain berkhidmat sebagai tukang servis penghawa dingin.

Usop menjadikan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Ezad Lazim sebagai inspirasi.

Mampukah Usop Mentor beraksi dengan baik di pentas Big Stage 2020? Sama-sama kita nantikan ! Jom kongsikan Biodata Usop ini di facebook anda!

Most Popular

To Top