drama

Drama Pink Smile (TV3) ( LATEST )

pink smile

Drama Pink Smile. Tak lama lagi drama adaptasi novel ‘Pink Smile’ karya Luna Adresia akan ditayangkan di slot Lestary TV3. Antara pelakon utamanya adalah Fattah Amin dan Sweet Qismina. Drama bersiri 20 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Akan menemui penonton pada bulan Ramadan nanti.

Tarikh Mula Tayangan : Julai 2020
Waktu Tayangan : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
Saluran Tayangan : TV3

Drama Pink Smile (TV3)

baca biodata Tunang Mira Filzah di sini (klik).

Senarai Pelakon Drama Pink Smile

Barisan Pelakon drama ini terdiri daripada Fattah Amin, Sweet Qismina, Syafi Tee, Afifah Nasir, Intan Najuwa, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri, Izzat Mushtaq

Drama Pink Smile (TV3)

SINOPSIS DRAMA PINK SMILE

Mengisahkan Luna yang selalu singgah di Duncan Coffee House kerana meminati Kaz, pemilik kedai tersebut.

Luna – Si pencinta tegar tapi hanya mampu tengok dari jauh aje setiap kali dia ke Duncan CoffeeHouse. Kaz merupakan aura beku yang mampu mencairkannya dalam lima saat. Tiap kali berada dekat dengan Kaz, Luna kena panick attack. Pengsan tak sedar dunia apabila ‘dunia’ impiannya berada dekat dengannya.

Kaz – Kehadiran Luna menjadi pencetus ilham untuk menu terbaru Duncan CoffeeHouse. Luna, perempuan comel dengan braces merah jambu! Tanpa sedar si pencetus ilham turut mencetus fenomena luar biasa dalam hati. Tapi mengapa Luna pula cuba main tarik tali?

Drama Pink Smile (TV3)

 

 

Akif – Berdiri atas nama seorang sahabat, tetapi tidak pernah ada untuk Luna kerana sering menidakkan perasaan aneh sejak dari bangku sekolah menengah menyebabkannya sering menghilangkan diri. Setelah mengenal pasti rasa yang ada, dia nekad kembali untuk mendapatkan Luna. Dan takdir membawanya ke Duncan CoffeeHouse, di mana Luna sering datang menjenguk cinta.

Dapatkah Akif merebut kembali cintanya yang telah lama ditinggalkan? Bagaimana pula keputusan Luna? Siapa pilihan Luna? Sama ada kisah semalam atau cinta impiannya? Duncan CoffeeHouse menyatukan kembali mereka semua, merungkai semua persoalan yang membelenggu mereka bertiga.

Jangan lupa tonton drama pink smile ini di tv 3 tau !

Tolong share entri ni dekat facebook korang ya.

Terima kasih.

Most Popular

To Top