Panduan

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Syariah Pulau Pinang 2020

ujian psikometrik pembantu syariah

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Syariah Pulau Pinang 2020. Adakah anda merupakan salah seorang calon peperiksaan psikometrik pembantu syariah peringkat negeri Pulau Pinang ? Kalau Ya, tahniah kami ucapkan kepada anda.

Sememangnya ramai calon yang terpilih dan menantikan panggilan dari kerajaan negeri. Jadi sekarang ini, calon sudah mula membuat persediaan untuk hari peperiksaan nanti. Anda pula bagai mana ?

ujian psikometrik pembantu syariah

Tarikh peperiksaan ini dijangka akan berlangsung pada 3 jun 2020 ini. Tak lama sahaja lagi.

Anda boleh buat semakan kelayakan anda di sini – Semakan SPA Ujian Psikometrik N19 Pulau Pinang.

Apa itu Ujian Psikometrik?

Sebenarnya ujian ini dilaksanakan secara menyeluruh sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Hanya calon  yang terpilih sahaja yang layak untuk mengambil peperiksaan psikometrik pembantu syariah pulau pinang ini.

Dari penilaian ini, calon yang lulus akan layak ke sesi temuduga. Ujian psikometrik menjadi medium kepada majikan untuk menapis calon yang betul-betul layak bagi jawatan tersebut. Jadi anda perlu serius dalam peperiksaan ini.

Anda kena tahu, ramai calon yang gagal kerana sikap endah tak endah mereka dengan peperiksaan ini. jadi anda kena jadi calon yang bertanggung jawab kerana sekarang ini saingan makin sengit.

Calon juga makin ramai. Kalau tidak, anda pasti ketnggalan.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Syariah Pulau Pinang 2020

Jom kita cuba buat Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Syariah Pulau Pinang dekat bawah ni ya.

1. Dalam sebuah acara atau aktiviti, anda biasanya berbual dengan :

A. Ramai orang termasuk orang yang belum dikenali.
B. Segelintir orang yang sudah dikenali sahaja.

2. Di antara perkara yang kurang diterima ialah

A. Hidup tanpa arah tuju
B. Hidup seperti biasa

3. Anda lebih menumpukan pada orang yang

A. Waras fikiran (sensible)
B. Imaginatif

4. Anda lebih memberi perhatian kepada hal-ehwal yang

A. Memberi keyakinan
B. Memberi perasaan terharu

5. Anda lebih menggemari acara yang dimulakan dengan

A. Masa yang tepat
B. Secara santai

p/s : anda boleh dapatkan rujukan psikometrik pembantu syariah pulau pinang di bawah ini ya.

Contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Negeri Pulau Pinang

6. Semasa membuat penilaian, anda biasanya terpengaruh oleh

A. Undang-undang berbanding kondisi
B. Kondisi berbanding dengan undang-undang

7. Penulis sepatutnya menghasilkan artikel berdasarkan

A. Fakta dan isi yang benar
B. Analogi dan imaginasi rekaan

8. Dalam kelompok sosial anda, maklumat yang anda terima biasanya
A. Terima maklumat awal
B. Terima maklumat akhir

9. Fakta yang anda baca, terima dan dengar

A. Fakta yang benar
B. Fakta yang salah

10. Anda lebih gemar jika dikelaskan sebagai individu yang

A. Sabar
B. Mesra

Anda juga akan di soal soalan matematik. Jadi ini untuk anda cuba.

1. Berapakah jumlah hasil tambah semua nombor ganjil ditolakkan dengan hasil tambah semua nombor genap bagi nombor-nombor 21 hingga 29?

A. 25     C. 115
B. 35     D. 125

Jawapan : A

2. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?

A. 0.32  C. 30.2
B. 3.2    D. 32

Jawapan : D

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Syariah Pulau Pinang 2020

3. Antara nombor berikut yang manakah paling hampir kepada 7.5?

A. 7.055.   C. 7.005
B. 8.065    D. 8.005

Jawapan : A

4. (3,4,6,5,2,9,8,2,3,1) adalah satu set data. Apakah median data tersebut?

A. 2.0 C. 4.5
B. 3.5 D. 5.0

Jawapan : B

5. Berapakah baki apabila RM100, 795 dibahagi 8?

A. 0.3 C. 3
B. 0.4 D. 4

Jawapan : C

** Ini bukan soalan sebenar atau soalan ramalan. Ini hanya contoh soalan sebagai latihan untuk anda.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Syariah Pulau Pinang

Disebabkan ramai yang akan ambil peperiksaan ini, pasti saingan amat sengit untuk meloloskan diri. Jadi anda memerlukan latihan tambahan untuk membiasakan anda dengan soalan-soalan yang akan ditanya nanti.

Taklah cuak sangat bila jawab soalan nanti.

Dalam rujukan ini ada 4 bahagian utama yang penting untuk anda.

  • Tip jawab soalan
  • Contoh soalan
  • Cara jawab soalan supaya tak tersasar
  • Perangkap-perangkap PSIKOMETRIK
  • Apa yang bakal menggagalkan PSIKOMETRIK anda

Bagi yang nak , boleh dapatkan di pautan ini – Contoh soalan latihan Ujian psikometrik

Kami harap rujukan Ujian Psikometrik Pembantu Syariah Pulau Pinang 2020 membantu anda berjaya dan lulus dalam ujian kali ini seperti mana calon-calon lain yang telah berjaya dengan bantuan rujukan ini.

Akhir sekali, semoga berjaya dengan jayanya dan ingatlah, jangan sesekali putus asa tau. Hangpa pasti boleh punyalah.

Most Popular

To Top