Islam

Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri di Malaysia.

Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri di Malaysia.

Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri di Malaysia. Setiap kali masuk bulan ramadan, pasti satu tanggung jawab yang wajib di laksanakan oleh ummat islam adalah membayar zakat fitrah. Berapa kadar zakat fitrah tahun ini di Malaysia? Semua persoalan anda akan terjawab selepas anda selesai baca sehingga habis.

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).

Baca juga : Cara bayar fidyah Online.

Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri di Malaysia.

 

Berapakah kadar zakat fitrah 2020 untuk tahun ini? Jom kita baca di bawah ini ya.

 

Kadar Zakat Fitrah 2020 Mengikut Negeri di Malaysia.

* Terdapat negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat fitrah. Pembayar zakat perlulah memilih kadar zakat yang sama harga dengan jenis beras yang menjadi makanan harian mereka. Sebagai contoh :-

Negeri Selangor

Jenis beras Super Tempatan Gred A : Kadar Zakat Fitrah RM7.00
Beras putih import/ beras perang/ beras pulut/ herba ponni/ beras wangi : RM14.00
Beras basmathi/ beras jepun/ beras merah : RM21.00

Negeri Perak

Beras Super Special Tempatan 5% : Kadar Zakat Fitrah RM7.00
Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM21.00

Negeri Kedah

Beras Super Tempatan (10-15% hancur) : Kadar Zakat Fitrah RM5.00
Beras Super Spesial Tempatan 5% : RM7.00
Beras Super Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni : RM14.00
Jenis Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah: RM21.00

kadar-zakat fitrah

 

Negeri Melaka

Beras Super Special Tempatan 5% : RM7.00
Beras Import seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan seumpamanya : RM14.00

Negeri Johor

Beras Super Tempatan : RM7.00
Selain daripada jenis Beras Super Tempatan seperti Beras Import (Beras Wangi, Beras Basmathi) dan seumpamanya : RM10.00
* Kadar zakat Fitrah adalah sumber dari Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Zakat dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ)

baca juga : Cara bayar zakat fitrah online 2020.

Bagi negeri yang admin tak nyatakan di atas, boleh rujuk gambar yang admin kongsikan di atas untuk kadar zakat fitrah 2020 yang anda perlu bayar.

 

Semoga perkongsian mengenai kadar zakat fitrah 2020 ini membantu anda dalam urusan pembayaran zakat fitrah untuk tahun ini.

Selamat menunaikan tanggungjawab.

Most Popular

To Top