Islam

Cara Bayar Fidyah Online 2020 (Setiap Negeri)

Cara Bayar Fidyah Online 2020 (Setiap Negeri)

Cara Bayar Fidyah Online 2020 (Setiap Negeri). Antara perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang muslim ketika masuk bulan ramadan adalah membayar fidyah. Kenapa perlu bayar fidyah? Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada?) bulan Ramadhan.

Jadi kalau anda tidak menggantikan puasa sehingga masuk bulan ramadan, maka anda perlu membayar fidyah. Siapakah golongan yang perlu bayar fidyah?

Berikut dikongsikan Senarai Golongan Yang Wajib Bayar Fidyah:

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

Cara Bayar Fidyah Online 2020 (Setiap Negeri)

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Bagi yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan).

 

Di musim PKP ini, kita digalakkan untuk menggunakan kaedah di atas talian untuk bayar fidyah secara online. Gunakan kemudahan ini untuk kemudahan kita bersama. jom ikuti langkah bayar fidyah online dibawah ini.

 

Cara Bayar Fidyah Online Menerusi Maybank2u

1. Log masuk akaun anda di Maybank2u.

2. Pilih “Accounts dan Banking”. Kemudian, pilih “Bill Payment”.

3. Pilih “Make A One-off Payment”. Klik dropdown button dan pilih “Zakat & Charity”.

4. Pilih pusat pungutan zakat mengikut negeri masing-masing.

5. Selepas itu, pilih “Fidyah” dan buat pembayaran mengikut jumlah yang ditetapkan.

Cara Bayar Fidyah Online 2020 (Setiap Negeri)

 

Cara Bayar Fidyah Online Mengikut Negeri

A. Melalui Zakat Selangor

KLIK 👉 https://www.zakatselangor.com.my/kalkulator-fidyah/

B. Melalui PPZ MAIWP

KLIK 👉 https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah

C. Lembaga Zakat Negeri Kedah

KLIK 👉 https://jom.zakatkedah.com.my/kirazakat/

** Anda boleh bayar fidyah online melalui laman web pusat zakat masing-masing. Boleh rujuk pautan ini (klik).

Kadar Bayaran Fidyah 2020

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).

Cara Bayar Fidyah Online 2020 (Setiap Negeri)

Semoga perkongsian Cara Bayar Fidyah 2020 Online (Setiap Negeri) ini dijadikan rujukan buat anda semua!

Most Popular

To Top