Bila dah masuk bulan ramadhan ni, mesti ramai yang tertanya – tanya Cara Bayar Zakat Fitrah Online 2020 kan. Ditambah pula dengan keadaan negara kita yang masih dalam suasana perintah kawalan pergerakan (pkp), jadi keperluan untuk kita sebagai umat islam membayar zakat fitrah secara online.
Tapi macam mana caranya?
Jom kami terangkan satu persatu supaya kita semua mudah faham.
Untuk pengetahuan anda, pusat urus zakat di setiap negeri di Malaysia telah menyediakan kemudahan perkhidmatan pembayaran zakat secara online.
Pasti kemudahan ini banyak membantu ummat Islam untuk membayar zakat sama ada zakat fitrah mahupun zakat perniagaan dan lain-lain.
baca : Kelebihan bulan syaaban.
Definisi Zakat Fitrah
Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Perintah menunaikan Zakat Fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadhan untuk mensucikan orang Islam yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan yang tidak berguna. Zakat Fitrah juga untuk memberi makanan kepada orang-orang miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada Hari Raya 1 Syawal (Aidilfitri).
Bagaimana Cara Bayar Zakat Fitrah Online 2020 (Setiap Negeri)
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Bayar Zakat Fitrah online bagi setiap negeri melalui Lembaga Zakat Negeri:
Panduan Bayar Zakat Fitrah Online Setiap Negeri
Berikut dikongsikan pautan membayar zakat secara online bagi setiap negeri:
1. PERLIS MAIPS
2. KEDAH Zakat Kedah
3. PULAU PINANG Zakat Penang
4. PERAK eZakat MAIAMP
5. SELANGOR Zakat Selangor
6. NEGERI SEMBILAN Zakat NS
7. MELAKA Zakat Melaka
8. JOHOR MAIJ
9. KELANTAN e-MAIK
10. TERENGGANU MAIDAM
11. PAHANG Zakat Pahang
12. SARAWAK Tabung Baitulmal Sarawak
13. SABAH MUIS
14. WILAYAH PERSEKUTUAN PPZ MAIWP
KL/ PUTRAJAYA/ LABUAN
** CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE mestilah mengikut negeri masing-masing. Anda hanya perlu klik pautan di atas dan ikut langkah seterusnya.
Setiap negeri ada cara yang berbeza. Jadi pastikan anda mengikut cara yang telah di tetapkan.
Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh bayar melalui cimb clicks, maybank 2u secara terus tau. Kami akan kemaskini info berkaitan ini dari masa ke semasa.
semua kaedah adalah bayar zakat fitrah online 2020.
WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH
- Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
- Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
- Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
jangan lah pula sampai terlupa nak bayar lak yer. hehe. Nak mudah bayar zakat fitrah online dan bayar awal-awal. hehe.
Apa pula hukum bayar zakat secara online ?
Jom ikuti penjelasan Ustaz Abdul Somad mengenai masalah ini.
Secara ringkasnya,
Hukumnya adalah SAH.
Cuma menurut ustaz abdul somad, lebih afdhal kalau ada akad di antara si pembayar dan penerima zakat.
Tapi hukumnya masih SAH!
Kaedah pembayaran secara online ini memang sesuai dengan situasi semasa kita. Jadi memang di sarankan untuk ummat Islam di Malaysia untuk membayar zakat fitrah secara online sahaja.
Tiada Amil yang bertugas untuk mengutip zakat kita ketika PKP ini. Jadi terus sahaja ikut panduan yang kami telah kongsikan di atas.
Semoga perkongsian Cara Bayar Zakat Fitrah Online 2020 ini dijadikan rujukan buat anda semua!
