Info

Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online

Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online

Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online. Sejak minggu lepas ramai yang tertanya-tanya apa itu bantuan prihatin Nasional atau lebih dikenali sebagai Bantuan Prihatin. Ada yang tanya bagaimana cara untuk memohon dan sebagainya. Jadi di sini kami kongsikan dengan anda untuk memudahkan pemahaman kita bersama-sama.

Kalau anda nak tahu cara mohon bantuan prihatin nasional 2020, jom sambung baca di bawah.

Mak Cik Kiah pun dapat bantuan ker? ” Tanya jiran sebelah! hehe

Bilakah tarikh permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 bakal dibuka? Berita baik buat anda golongan B40 dan M40 yang berkelayakan membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 boleh dibuat secara online mulai 1 April 2020 menerusi Laman Web Rasmi LHDNM. Berikut dikongsikan Cara mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020.

 

Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac 2020 . Banyak bantuan diberikan kepada rakyat tanpa mengambil kira latar belakang diumumkan pada hari tersebut.

Dalam intipati Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, kerajaan telah memperuntukkan dana sejumlah RM250 billion yang melibatkan bantuan kepada rakyat dan perniagaan dalam membasmi wabak COVID-19.

Apakah itu bantuan prihatin nasional 2020?

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan bagaimana cara mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 termasuk syarat kelayakan permohonan, kaedah dan tarikh pembayaran:

Cara buat Permohonan Bantuan Prihatin Nasional 2020 Online Semua Kategori.

1. Permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi LHDNM seperti berikut:

KLIK 👉 http://www.hasil.gov.my/

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan
status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN
yang ditetapkan

 

Adakah permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima
Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Ya. Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin
Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi
berikut sahaja:

1) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
2) Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
3) Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Jangan lupa buat permohonan tau. Harap perkongsian kami mengenai Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 ini membantu anda semua.

mak cik kiah bpn 2020

Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

Berikut dikongsikan Jumlah dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020:

1. RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.

2. RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.

Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 BPN Online

3. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

4. RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan lebih RM2,000 dan hingga RM4,000.

Harapnya tak ada yang tercicir lah ya. Kalau belum buat permohonan, anda ikut jer step cara mohon bantuan prihatin nasional 2020 yang kami telah kongsikan di atas.

Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020

Berikut dikongsikan Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional 2020:

1. Ada Maklumat Akaun : Bayaran adalah secara kredit ke akaun

2. Jika Status Bayaran Adalah Gagal Kredit : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

3. Tiada Akaun : Bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

 

 

Untuk Sebarang Maklumat Tambahan

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan Bantuan Prihatin Nasional, sila hubungi pihak Kementerian dan LHDNM di talian 1-800-882747.

Selamat membuat Permohonan. Kongsikan juga cara mohon Bantuan Prihatin Nasional 2020 ini dekat rakan-rakan kita yang lain. Pastikan tidak ada yang tercicir. Semoga kita berjaya mendapat Bantuan Prihatin Nasional!

Most Popular

To Top