
Setiap dari kita melalui fasa demam dan kurang sihat . Sepanjang tahun mungkin kita akan lalui sekali dalam setiap bulan. Apabila meningkat dewasa, kita juga akan lalui demam tetapi ia akan berkurangan berbanding ketika kita di zaman kanak-kanak .
Untuk mengatasi demam panas , ada beberapa tips kesihatan dan panduan kesihatan untuk anda .
1. Banyakkan minum air .
Kita kena sedar yang apabila kita demam , kita akan kehilangan banyak air , jadi pastikan bilangan air cukup dalam badan kita supaya kita cepat sembuh .

2. Makan .
Mungkin ada di antara kita yang tidak lalu makan ketika demam. Sepatutnya kita kena sedar yang badan kita sedang melawan virus yang menyerang . kita kena bagi tenaga lebih kepada badan supaya virus dapat di hapuskan dengan segera dan kita akan pulih .

3. Makan Ubat .
Kalau sakit tak makan ubat, tak guna weh . ada sesetengah penyakit yang tidak perlu makan ubat sebab ia bersifat sementara . tetapi bila demam panas , segeralah makan ubat . jangan mengada-ngada lak .

4. Jumpa Doktor .
Sebelum makan ubat, pastikan anda dapatkan panduan dari doktor yang merawat anda. Jangan google ubat demam dan beli dekat farmasi . sebab ia akan memudaratkan anda. lebih baik rujuk doktor .

5. Selimut .
Jangan selimut badan anda yang sedia panas tu . kalau anda selimut ia akan menyebabkan badan anda lebih lemah dan seterusnya akan melambatkan proses penyembuhan .

Ingat !
- Elakkan dari makan ubat yang tidak di sarankan oleh doktor untuk anda .
- Makan ubat ikut masa yang di tetapkan .
- Jangan Skip ubat .
