KERJAYA AKU SEBAGAI BLOGGER ! | Masyarakat Malaysia masih lagi belum memahami kerjaya blogger ini . Malah ada yang masih memandang enteng kerjaya blogger . Bagi aku kerjaya seorang blogger melatih kita untuk bersabar dan berusaha dengan bersungguh-sungguh .
Untuk keluarkan satu karya yang berkualiti dalam masa singkat bukan mudah . Tapi itulah yang di lalui oleh blogger .Setiap hari memikirkan apa yang nak di tulis dan apa pula yang hendak di kongsi dengan pembaca blog mereka .

aku tahu, aku dah ulang perkara ini dalam entri-entri sebelum ini . ada sebab aku ulang banyak kali supaya pembaca sedar ,tugas blogger ni bukan hanya sekadar tulis entri tetapi penghasilan entri menarik itu bermula dari mana. itu yang penting .
Memang aku sendiri tak minta penghargaan dari pembaca blog aku, cukup sudah korang dapat info yang korang cari itu merupakan reward kepada diri aku . harap ilmu yang di kongsikan tu di amalkan untuk perkara yang baik-baik ya .
itu sahaja untuk malam ini , letih sebenarnya nak tulis entri . tapi aku kuatkan juga walaupun entri ni agak merapu. aku nak tanya ni, korang nak tutorial apa lagi ya ? komen dekat bawah ni . nanti aku usahakan . terima kasih ya !
sayang korang , muah cikeed
sekian .
